Apa Yang Sebenarnya Anda Tahu Mengenai Islam?

on Monday, July 16, 2012

Kita semua mungkin mengetahui banyak perkara mengenai apa yang dikenali sebagai “Perang terhadap Islam” dan sebahagian daripada kita mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang hanya menyokong kepada keganasan dan matlamat utamanya adalah untuk memusnahkan negara barat.

Kita akan membincangkan sudut pandangan awal yang mengelirukan tersebut di Muslim Academy, dan ini adalah masanya untuk memberi anda sedikit gambaran ringkas mengenai Islam Dan apa yang perlu anda tahu mengenai kepercayaan umat Islam, dan bagaimana Islam hanya menyeru kepada keamanan.

Ilmu merupakan  alat yang sangat berkuasa yang harus dikuasai bagi menjalani kehidupan seharian dengan sempurna.

Walaupun anda percaya bahawa Islam merupakan musuh kamu yang jelas, tetapi adakah ini bermaksud yang anda juga tidak perlu mengenali musuh kamu secara lebih mendalam?

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengetahui secara lebih dekat mengenai Islam dan kemudian membuat keputusan samada umat Islam merupakan musuh kamu yang nyata, ataupun ia hanyalah mainan politik bagi memperbodohkan kita semua

Pertama, anda perlu tahu apakah makna ISLAM. Perkataan ISLAM itu sendiri adalah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud”keamanan” dan “penyerahan.

Keamanan di sini bermaksud bahawa satu-satunya cara bagi seseorang itu  mencari ketenangan dalam kehidupannya,  adalah dengan menerima Allah S.W.T dalam hatinya, jiwa dan perbuatannya.

Islam merupakan agama kedua yang terbesar di Britain dan di dunia. Lebih daripada satu bilion orang menganut ajaran Islam dan ia adalah agama yang paling pesat berkembang.

Penganut agama Islam dipanggil umat Islam. Islam lebih 1,400 tahun, sejak abad ke-7. Dan Ia bermula di Arab  Saudi. Pengetahuan dan amalan yang betul membantu mewujudkan rasa takut kepada Allah S.W.T dalam hati seorang Muslim.

Allah telah menghantar para nabi ke setiap bangsanya sepanjang sejarah Islam  supaya mereka dapat membimbing umat pada zamannya ke jalan yang lurus.

Sesetengah dapripada  nabi-nabi tersebut  telah diberikan mukjizat dengan izin Allah bagi membantu mereka menyebarkan dakwah . Nabi Ibrahim, Musa dan Isa merupakana sebahagian daripda para nabi yang Allah telah berikan mukjizat dan ini telah di nyatakan di dalam Al-Quran.

Begitu juga, dengan Nabi Muhammad S.A.W yang juga telah diberikan mukjizat sepanjang hayatnya  untuk  dilihat dan belajar daripadanya, dengan izin Allah dan juga di  Muslim Academy ini, kami akan menerangkan secara lebih lanjut mengenai Nabi Muhammad S.A.W

Buku ini menerokai keajaiban alam, dan sebab-sebab mengapa mukjizat diberikan kepada para nabi dan melihat secara lebih terperinci mengenai mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Terdapat juga lima rukun dalam Islam bagi membantu mengukuhkan lagi iman dan ketaatan seorang Muslim. Ia dipanggil “Lima Rukun Islam.” Dan kita akan membincangkannya  secara lebih terperinci di Muslim Academy ini.

(1) Mengucap 2 kalimah Shahaadah

 (2) Solat 5 waktu

(3) Membayar Zakat

(4) Berpuasa

(5) Menunaikan Haji bagi yang mampu

Muslim Akademi menawarkan kursus kepada anda untuk mempelajari Bahasa Arab bagi memudahkan anda  mengenal lebih lanjut mengenai Al-Quran yang merupakan Kitab Suci bagi umat Islam.

Allah S.W.T memberi firman, melalui perbualan dengan malaikat Jibril dan menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Hanya terdapat satu versi Al-Quran dan ia ditulis didalam bahasa Arab tetapi kini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa bagi membantu mengembangkan agama Islam.

Buku-buku Hadis, riwayat dan tindakan Nabi Muhammad, Membimbing umat Islam tentang cara meletakkan Al-Quran dalam amalan seharian.

You can also read this article in English Here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

View the Original article

0 comments: