Etika Dalam Islam: 4 – (Seni Memberi Nasihat)

on Sunday, September 2, 2012

Etiquette in Islam: 4-(The Art of Giving Advice)

Tiada apa yang lebih menyakitkan selain daripada mendengar seseorang “memandikan”anda dengan nasihat tentang apa yang anda perlu lakukan dan yang tidak perlu lakukan! Dan tiada apa yang lebih memalukan selain daripada memberikan nasihat kepada seseorang yang kemudiannya kembali memberi nasihat kepada anda! Apa yang kita benar-benar benci dalam situasi berkenaan adalah bukannya nasihat tersebut, tetapi adalah “cara” kita memberi nasihat yang menyebabkan nasihat kita tidak diketepikan. Memandangkan Islam merupakan agama yang beretika, ia menyediakan kita dengan adab seni memberi nasihat kepada seseorang tanpa sebarang sindiran atau maksud-maksud tertentu   Berikut adalah beberapa nasihat tentang cara bagaimana untuk memberi nasihat:

  • Belas kasihan. Adalah amat payah untuk anda memberi nasihat kepada seseorang yang anda tidak tahu banyak mengenainya. Rakan yang turut mengalami obesiti, yang anda fikir kuat makan, boleh menghadapi beberapa masalah psikologi. Jadi, antara adab yang paling penting dalam seni memberi nasihat adalah dengan mempunyai hubungan yang baik dengan orang yang anda sedang berikan nasihat, supaya nasihat anda diterima atau dipertimbangkan.
  • Berkelakuan Baik. Tidak akan dipanggil seni jika seseorang yang memberikan nasihat tersebut tidak mempunyai kelakukan yang baik. “… Kamu (Muhammad) haruslah berlembut dengan mereka. Dan jika anda telah biadap [dalam ucapan] dan keras di tengah-tengah ucapan tersebut, maka mereka tidak akan mendengar pendapat atau nasihat daripada anda … “(3:159). Jadi, apabila anda memberi nasihat letakkan diri anda dalam fikiran orang yang anda sedang nasihatkan tersebut. Adakah anda akan mendengar seseorang yang kasar atau bodoh?
  • Memberi nasihat secara peribadi. Antara asas-asas seni memberi nasihat adalah bukannya untuk memalukan orang berkenaan secara umum mengenai kesalahan yang ia telah lakukan. Ini akan menyakitikan perasaannya dan juga boleh menegur ANDA kembali di khalayak ramai, dan adalah ANDA yang akan menerima padah berikutan tindakan anda tadi:D Sebaliknya, nasihatkan secara peribadi kepada seseorang itu, dan ini akan membuatkan ia mendengar nasihat anda. Rasulullah (SAW) menguasai seni memberi nasihat; apabila dia tahu bahawa salah seorang daripada rakan-rakannya melakukan sesuatu yang silap, dia tidak bercakap dengannya secara langsung, sebaliknya, beliau bercakap mengenai topik ini secara umum dengan mengatakan sesuatu seperti “sesetengah orang melakukan beberapa kesilapan, atau ramai orang tidak tahu bahawa ini atau itu adalah salah.”

Kesimpulannya, memberi nasihat adalah seperti memberi hadiah. Sekiranya anda berkelakuan baik, belas kasihan, pintar, dan sentiasa senyum, hasilnya usaha yang anda lakukan akan kembali kepada anda

You can also read this article in English Here


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About the author



View the Original article

0 comments: